Thursday, January 27, 2011

terbengkalai belog ni.

hahhh!

tajuk tu da cakap semua yang aku nak cakap kot.

aku bisi. eh macam pelik je ejaan. ahhhh. aku busy ar sekarang ni. assignment tanak macam overdose pulak an. gile tekanan syial!

oleh itu, belog ini akan agak terbengkalai untuk seketika, duaketika, atau mungkin tigaketika. pokoknye, aku takkan update belog ni dalam tempoh mase tertentu ni. sori la eh. ni pon aku stay up nak tampal notis ni. hahahah!

aku tau tak ramai mane pon bace ni, tapi bagi yang bace tu, mintak maaf la eh dari hujung garpu ke hujung ubi keladi.....

pelik, pelik.

wassalam.

Thursday, December 30, 2010

khairul fahmi a.k.a apek tu member aku!

salam weh!

kalau korang baca tajuk entry ni, jangan buat-buat terkejut beruk ke terkejut kerbau ke ape. aku lastik jap lagi. kalau nak terkejut tu, bia la ikhlas. tehehee.





TADAA!!

haa sape la tak kenal mamat kat atas tu an. lagi-lagi lepas abes piala suzuki aff ni. inilah khairul fahmi che mat atau member2 panggil die apek. haa. untuk pengetahuan korang, APEK NI MEMBER GUA!!!!

yeaha! betul2. dulu kitorang penah lepak sesame kot. hahaha. jangan memain doe. gua kawan ngan keeper malaysia kot. apek ni memang cemerlang goalkeeping skill die. tengok ar camne dia jaga gawang malaysia tuh. 3 kali je kot bolos sepanjang die jaga. haa. ape pon, kawe respek demo pek! cayalah!

aku buntu sebuntu ubuntu -_-'

salam semua yeh. aku buntu. haha tu je nak cakap.

buntu ape eh? buntu begok gitu. haha. ok ok. siryes2. sebenarnye aku buntu gile la nak tulis ape kat belog ni. sebab tu da dekat 3 dekad tak update ni. mane tak nye. hari-hari-hari rutin aku same je. bangun tido, makan, tengok tv, tido balik. pastu ulang dan ulang dan ulang sampai bengkak lutut. mane nak ade cite-cite menarik ke ape. aku tengok belog lain mak aihhh, siap pegi bercuti sakan nooo. aku? terperap kat rumah. da macam anak dara kelas-kelas tinggi gitu. ngaaahaha. takle belah doe. siryes memang takde benda menarik berlaku sekarang ni. takkan tengah buat air milo pastu tertumpah pon nak taruk dalam belog ni an? macam gelabah hanjeng sangat la pulak haha haha. eh tergelak lebih pulak. limit haha je oke. sunnah nabi tu gelak sikit-sikit je. haha. oke.

takpe la. nanti ade benda menarik-menarik yang bole buat korang tertarik aku akan sumbat dalam belog ni. tapi takde la benda menarik macam aku jatuh tangga tergolek-golek macam nangka ke ape an. tak senonoh la pulak camtu. haha.

okeh. salam. n tenkiu la kalau ade lagi nan sudi jenguk belog sakai nak mampos ni! cheers bebeh! ;)

Wednesday, December 22, 2010

overhaul sikit~

assalamualaikum semua.

perasan tak sesuatu yang berbeza kat sini? perasan tak? cepat la perati betol-betol. tengok dengan mata hati. haha. kalo ade yang tak pasan, maksudnye dia bengap. muahaha. :D

ala belog gua ni ha. kan da lain sikit. sikit ke? banyak jugak la kan. ahh tak kesah la pape pon. yang penting gua da ubah sikit penampilan belog gua ni. alaa macam overhaul la kan. renovate ke. ape-ape jela perkataan yang korang nak gune. janji tak lari maksud.

yang pertama sekali, yeahhh betol! gua da taruk header setelah sekian lama tak gune header kan. haha. gambar tu memang la nampak macam agak jual ikan (selfish), tapi kan, ini belog gua! sekati gua la nak buat ape pon! hahaha. takde la. gua nak tunjuk member-member gua kat uni. itu la geng-geng palotak rencat gua. gua sorang je yang tak rencat. haha.

moving on, ape lagi gua tukar ek? haa. wallpaper tu. gua tukar jugak. nampak simple je. haha. haa ni nak cite. pasan tak kaler-kaler yang gua gune bese putih, hitam dan kaler-kaler camtu? itu sebabnye gua ni tak suke flashy-flashy nan mencucuk mate tu. memang tak suke ar. nak buat cane kan. gua ni prefer nan simple-mimple je. takde ar nak over-over ape bagai tu sume kan. simple is perfect! :P

lagi satu, ermm, haa. layout dia ni ha. ade gak gua tukar sikit-sikit. takde la drastik sangat. tukar sikit-sikit je.

ape pon, kalau ade pape yang korang rase, ade pendapat ke ape ke, sila hubungi talian bebas tol di:

1-300-88-2525

ataupun..........


KOMEN JE LA KAT BAWAH NI HAA!!

aduyai....

peace, no war. ;) 

 

Tuesday, December 21, 2010

aku sibuk bercuti la. :D

HOI ORANG KAMPUNG!!!

alangkah baiknya jika dimulakan dengan salam kan? aha. nasihat gua kepada diri sendiri. oleh itu, assalamualaikum w.b.t. jika anda sihat, sila guling-guling atas lantai sampai bawah katil. haha takde motif. bangang gua. :D

ni bukan ape. gua tengah beriang-ria cuti sakan kat kolumpo a.k.a key el a.k.a kuala lumpur a.k.a akak ko! hahaha....... tak lawak eh? ok ok. tak payah gelak. sori...

sebenarnye gua da agak lame la sampai kolumpo ni. ade dalam seminggu gak la. haha. dan gua gak da pegi rata-rata celah mane entah dah pon. cume gua tak taruk dalam belug ni je tatkala malas menimpa. tehehe. sori ar. memang malas gile nak update belug sebab banyak sangat benda nak buat kat kolumpo ni sebelum gua dipaksa balik ke kolej. ye la. name pon student lagi kan. mesti la terikat ngan kehidupan seorang student yang cemerlang. tehehe. rase bedarah hidung je cakap camtu. takleh diterma oleh akal beb. tetttt!

gua kat sini staying at the place of my auntie. ahh. suke hati gua la nak cakap broken english pon. ini belog gua bukan belog lu! haha. takot kan ngan gua? macam brader-brader kan gua? uhh. da ramai cakap camtu. gua rase gah jugak la. ngahaha. tolong terajang pale gua sebelum ianya melarat...

KAPOWWW!!

ok. terima kasih. kembali kepada topik.

kat kolumpo ni, gua duk umah makcik gua. dalam rumah ni ade makcik gua, pakcik gua, kazen gua yang terdiri daripada kak anis, abang mat, kak bel, boy dan jugak adik gua. eh lupe nak cakap. gua datang ngan adik gua. haa. dah cakap. memang best gile la duk kat rumah diorang ni. memacam ade. memang sentiasa terhibur je hati kalo lu orang duk sini beb. ngan perangai nan bermacam garamragam la, pendek kata, memang senang hati je duk sini. :))))))))))))))))) <==== ni senyuman banyak rabak ni nak menandakan yang gua gile vavavava hepi beb! haha. :D

banyak dah aktiviti gua buat kat sini tapi apakan daya gua ni tak suke amek gambar, snap-snap macam orang bangang tu sume. itu memang tabiat gua. bukan nak kutuk orang yang gile gambar ke ape. da itu gaya diorang kan. takpe la. gua tak benci pon. asalkan mereka-mereka itu hepi dan tak kacau orang takpe la. cume gua je yang tak berape nak berkenan amik-amik gambar ni. haha. sori la yer. jangan harap nak tengok gambar-gambar yang banyak la kat belog gua ni. nak cari gambar gi search kat google image nuh. banyak bahgai gambar kat situ. tengok la lu orang sampai cair taik telinga. :D

ape pon, nanti kalau ade aktiviti yang best-best ke ape atau yang semacam seronok kan, gua akan taruk dalam belog ni. kalau lu orang nak gambar sangat, nanti la gua snap 2 3 ketul gambar taruk sekali. the things I do for you all. ewahhh. manis bai gua ni. :DDDD

Wednesday, December 15, 2010

alahai.

bukak bukak je dashboard, gua terkezut monkey primeape bile tengok followers gua dah 62. ish ish. tak sangke la beb. lu orang memang buat gua terharu. uhuk uhuk. (tacing sket.)

haa. brader brader mane bole tacing banyak sangat. nanti jadi tak brader la kan. haha. ape pon, gua memang nak ucapkan terima kasih la kepada yang follow gua ni. haha. ape daa. baru 60 followers da kecoh nak ucap ucap terima kasih. macam da 6000 je. ngahaha. bia la dow. gua nak ucap terima kasih ni kan. terima kasih terima kasih terima kasih. terima kasih bebanyak sebab sudi follow dan baca ape bende la yang gua taip ni kan. dah la page simple dan agak tak menarik dan tak cantik dan tak kreatif dan serba kekosongan dan tak kemas dan dan dan tapi lu orang tetap sudi gak baca dan follow gua. haalaahai. baiknye hati lu orang ni. belanje roti canai seround!

lagipon, gua bukan buat belog ni sebab nak feymes ke ape macam blogger blogger nan feymes tu. diorang pon tanak feymes pon senanye. gua buat ni semata-mata untuk menggedik je pon. ngahaha. ngan kata lain, ade la gak kan tempat gua nak luah perasaan sikit-sikit. ye la, nak luah kat facebook tu, kang kantoi pulak. privacy takde beb kat fesbusuk tu! haiya. kat sini je la yang gua mampu merepek luah-luah perasaan kan. gua ade gak tumblr tapi tumblr tu gua gune untuk creative side gua. haha. hebat tak? cakap la hebat. pelis pelis pelis.....

haha. gua dah tak tau dah nak tulis ape lagi. nanti la gua menimba ilmu lagi untuk memantapkan skill blogging gua untuk korang sume. ade kursus kan untuk menatang ni? nanti gua try follow. dalam mimpi! hahaha. rajin pulak gua nak pegi bende-bende camtu...

ape pon, nanti gua rajin rajinkan diri gua siket untuk menghupdatekan belog gua ni dan try gua punye best untuk buat korang hepi go laki-laki n pompuan-pompuan. gua akan cuba improve siket-siket! orait!

ingatlah orang yang tersayang..... < tetibe je kan? ish3. tolong hentak pale gua siket. pale da masok ape ntah...

Saturday, December 11, 2010

eh kejap!

alaaa.

semalam mase sebelum tido aku da ade idea dah nak tulis ape kat sini. tapi bile datang ngadap laptop, bole kena amnesia pulak. lupe segala. haiyaa.

takpe la. nanti aku ingat aku update lagi. nak spend masa fikir jap ape aku nak tulis semalam...

thinking and thinking and thinking until bruised. (selambe aku je translate direct gitu. itu maksudnye fikir dan fikir dan fikir sampai lebam bagi yang tak paham dan lampi tu. ahaha :D)

Saturday, December 4, 2010

oh emak!

assalamualaikum W.B.T. harap korang semua sihat.. :)

haahaahaahaahaaa. sebenarnye aku tergirang rasenye dalam hati. itu same maksud jugak dengan aku gembira gile gile. haha. nak tau tak sebab ape? meh sini aku gitau. korek telinga dalam dalam dan dengar yer. :DDD

sebenarnya aku rase hepi sangat sebab aku dah balik rumah! time for semester break! yeah! (muzik bermain lalu aku menari nari kegembiraan. tetibe bunyi tape rosak, lalu aku teringat cuti aku ni 3 weeks je. cehhh!). tapi yang membuatkan aku lebih hepi ialah.......


JENG..


JENG..


JENG!




hahaha. ni la ibundaku yang tersayang. aku hepi sebab dia da balik dari menunaikan haji. alhamdulillah ibadah haji dia ok n berjalan lancar la kan. kirenye takde pape yang tak diingini berlaku. syukur la. tapi yang buat gua terharunye, mase gua sampai rumah dalam pukul 4 pagi tadi, dah siap terhidang gua punye faveret, nescafe panas buatan mak gua. pehhh! berdarahhh gua cakap same luu! sedap giler. memang gua terharu la beb. masuk masuk rumah je da siap semua kesukaan gua. gua ingat nak nangis je kat situ tapi gua kan brader brader atas divider. tak cool la cenggitu. haha. gua pon nyorok belakang kabinet pastu nangis setitik dua. pastu gua coolnormal balik. haha. bole ke camtu? sori ar. kadang kadang fantasi gua ni tak tercapai akal korang nak pikiaq. enjin turbo tuu. dah dah. start dah. abes la. lempang gua sikit sape sape. tolong....

Thursday, December 2, 2010

ingat da merdeka.cess!

salam keatas kamu.

haaiya. gua tension sebenarnye ni. mane tak nye. semalam hari last exam. mase tengah exam tu, gua lincah-lincah ler buat paper tu. nak tau tak paper ape?

itulah paper BUSINESS LAW AND ETHICS. ala yang gua dapat carrymark ciput gile tu. nak detail lagi? ok la ok la. gua dapat 7/50 je. (hari tu gua tulis 7/60 eh? sori sori. silap info.)

sambung cite. mase gua dah nak abes jawab tu, tetibe lecturer yang jaga dewan exam tu panggil name gua ngan zul(classmate ngan housemate gua). punyelah gelabah kekura gua! ingatkan kantoi tiru sebab mase tu gua tengah sok sek sok sek ngan botak yang duk belakang gua. rupe-rupenye dia gitau suruh jumpa encik hirwan jasbir, iaitu lecturer business law and ethics gua. hahh! memang gua dah tau ni mesti pasal attendance ngan carrymark gua ni. hoho. gua pon ngan coolnye menyiapkan paper law tu dan keluar awal sikit. pastu gua gi jumpe encik hirwan kat dewan sebelah. memule gua gentar jugak la sebab muke encik hirwan ni bengis. ade ala ala warden penjara gitu bai. ngan badan malek noor nya. bapak ah! sape tak takot. pastu dia soal siasat gua. dalam dewam exam pulak tu. gua dengan sopan santun lemah semangat lembut jawab je ape dia tanya. depan orang ramai tau. bayang ar depan exam hall beb! padan muke gua. pemalas sangat!
tapi nasib baik la encik hirwan ni baik hati sangat orangnye. gua rase bersalah pulak sebab sia-siakan kelas dia. ecehhh. hahaha. jangan nganjing gua doe. gua betol betol rase camtu beb. dia baik sangat la der. siap bagi gua peluang nak naikkan carrymark gua lagi tu. dia suruh pegi jumpa dia kat office esok, yakni hari ni la tu. gua pon pegi la rempit ke office dia ngan isa. dah ler hujan sepoi sepoi bahasa tadi. ade la kuyup kuyup manja sikit baju gua ni. sejuk dia perghhh! sampai ke tulang hitam gua cakap sama lu! tapi takpe la. janji gua dah senang hati sebab ade can nak naikkan carrymark gua. tapi itulah dia. sebab nak naikkan carrymark, gua terpaksa berkorban. member lain tengah syiok enjoy nuhh. tapi gua, tertiarap atas katil sambil buat assignment       yang encik hirwan bagi. terbakar jugak hati ni tengok member lain lepak lepak gelak gelak, men game la, men gitar la, futsal la, guli la, ting ting la. gua sangkut kat sini sampai la assignment siap. haish. sabar sabar...

Friday, November 26, 2010

update belog bebeh!

tapi tak sempat bai!

exam exam. nak kena study crazy potato punye. :D

lek lu! men game la jap..

(tapi ni kire update jugak kan?)