Sunday, October 31, 2010

musim hujan

sekarang ni musim hujan......

aku berada di rumah, dan sangat kebosanan...

semua aktiviti terbatas kecuali tido..

dek kerana hujan..

BOSAN.

Wednesday, October 27, 2010

sweet anonymous

dearest sweet person,

siapakah kamu?


and goodnight~

hello! spotchecking!

Kehadapan saudara/saudari pembaca. Ecehhh. Macam tulis surat ler pulak. Hahaha. Oke oke. Assalamualaikum. Hari ni adalah hari paling busuk pernah aku lalui sepanjang duk kat kolej baru, yakni Kolej Kediaman Abdullah Ahmad Badawi ni a.k.a KKI. Sebabnye? Haa. Sebabnye adalah hari ni pihak kolej ni gedik gatal tahpape tetibe nak buat spotcheck la pulak. Selame ni tak penah pulak nak buat. Brengset sungguh!

Aku benangbengang bukan sebab ape. Cume aku penat la siot ubah balik kedudukan perabot ape sume ke keadaan asal. Macam langsat la! Dah ler tahpape plan kedudukan asal yang diorang tetapkan. Bole pulak plug ade kat belakang loker. Bangang ea? Itu kire ok lagi. Yang paling aku bengang kedudukan katil aku tak kena kipas beb! Haaa. Manusia mane tak bengang tido dalam kepanasan? Tapi nak tak nak, kena la ubah jugak kan walaupun hati ini berat melakukannya. Haha. Takpe la. Tak ubah kang tak pasal-pasal pulak melayang duit yang memang dah nak takde ni. Mane tak nye. Saman diorang bukannye due tige poshen. Lima ploh hengget terbang beb! RM50! Seminggu makan tuu! Itu pun yang paling sikit bai. Kena seratos, gigit pagar ler aku buat breakfast. Ngahaha. Tak sanggup gue!

Jadi, aku dan juge housemate aku bersepakatan ler gotong-royong ubah balik sumer, sapu mop sampai squeaky clean dia punya lantai! Nah kau! Tak pernah tau kitorang buat camni. Haha. Angkat loker la, meja la, katil la, macam-macam la. Spender2 yang tersidai di ruang2 tamu sume disimpan di tempat yang sesuai. Hahaha. Betol. Kitorang sidai kat ruang tamu bende alah tu. Cepat kering dow!

Ape pon, kitorang berjaya siapkan sume dalam masa yang singkat je. Teamwork! Yeah! Tapi penat jugak ar. Sekarang ni saat kitorang menunggu staf2 tu sampai ke teratak kitorang. Haha. Come on staf! Kitorang tak sabar nak tunggu korang check bilik kitorang ni! Cepat la dow!

Wednesday, October 20, 2010

kritikan manis

Kritikan itu asam garam kehidupan kan? Biase la. Setiap orang mesti kene kritik dgn orang yang tak berpuas hati. Kritikan ni dah jadi norma kehidupan. Biasenye kritikan ni merupakan pandangan orang lain tentang sesuatu. Tapi kan, bile da lebih2, itu dah jadi sebab dengkis la tu. Haha. Busuk hati punye orang.

Kadang-kadang, kritikan ni lansung tak betol dan tak berguna. Tapi kritikan ni jugak kadang-kadang boleh jadi sangat berguna sebab ia boleh menyuluh kelemahan kite dan kite boleh gunakan pengetahuan tu untuk membaiki diri.

Tapi, ape-ape pun, kite kene la jugak mengatasi kritikan-kritikan ni sebelum memakan diri kita. Nak ke kene makan dengan kritikan? Mesti tak nak kan? Haa. Tengok ni. Ade 3 tips untuk mengatasi kritikan.

Tip 1 : Jangan terlalu taksub.

Taksub? Oh no no no. Itu sangat la tidak bagus untuk korang. Kenape? Meh sini nak gitau kenape. Kalau korang taksub sangat, nanti korang jadi bengong tau tak?! Mane tak nye. Cube korang fikir leklok. Bile korang da taksub sangat kan, agak-agak korang boleh fokus tak? Boleh fikir elok-elok tak? Aku yakin korang mesti tak boleh. Kalau korang boleh tu, hahhhh, memang sah ler korang ni mentol, ataupun dengan kata lain, dah TAK BETUL. Hahaha. Jadi, bile korang terima kritikan, jangan terlalu taksub sangat dengan kritikan tu. Entah betul ke tak ape yang makhluk tu kritik. Untuk memastikan korang di jalan yang betul (jalan yang betul tuu!!!ayat tak boleh pergi ler.haha), korang kena pandang melaui perspektif yang berbeza. Pandang diri korang melalui mata orang lain. Kalau la betul ape yang diorang kritik tu, ambil la langkah yang bersesuaian untuk mengatasinyer. Tapi INGAT! Pak cik pesan ni tau. Jangan sesekali. JANGAN! Taksub sangat dengan kritikan tuu..

Tip 2 : Kritikan tu memberitahu korang ape yang diorang rasa, bukannye perkara yang sebenar.

Cube baca tip tu. Baca elok-elok,slow-slow. Aku rase korang mesti paham bile baca tu kan? Jangan gitau aku yang korang buta urop pulak. Aku slap japgi. Haha. Ini penting sangat untuk diingat selalu. Semat dalam hati nurani korang. Perghh! Ayat gempak beb! Gempak! Kecoh gile aku ni kan? Haha. Peduli haper aku. Kritikan tu hanyalah semata-mata pandangan orang je, bukannye realiti sebenar. Ye la kan. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Jadi, tak semuanye betul. Walaupun la kan, ade yang betul sikit-sikit dalam kritikan tersebut, tapi ianya tak menggambarkan keadaan yang sebenar. Therefore, keep this in mind supaya next time korang kena kritik, korang tak de la terasa sangat....

Tip 3 : Kebanyakan orang bukannye hebat mane pon.

Ni betul sangat-sangat yer tuan-tuan puan-puan. Kalau korang perasan la kan, orang yang kritik korang tu hebat ke? Ade kehidupan sempurna tak? Duit melimpah-limpah? Muke macam model? Mesti tak kan? Kalau ye pon, jarang sangat lah. Kadang-kadang, kritikan ni disertakan dengan niat yang tersangat la busuk macam loji kumbahan. Biasenye orang kritik ni ade 3 sebab:

1)  Sebab orang tu sayang korang dan ingin bantu korang.
2) Sebab orang tu kurang bersetuju ngan korang.
3) Sebab orang tu rase tergugat dan ingin menjatuhkan korang.

Kalau sebab pertama, baguslah.Jadi, korang kena ambil iktibar daripada kritikan tersebut dan cuba baiki kelemahan diri.

Kalau sebab kedua, kire ok la. Macam aku gitau tadi, diorang nak share pendapat diorang. Diorang nak korang tau ape yang diorang rase dari pandangan diorang. Ye la kan. Kalau sume orang same je, boring jugak dunia ni.

Kalau sebab ketiga, percayelah cakap aku, ianya SEBUAH PUJIAN. Mesti korang ni hebat sampai member tu dengkis dan sakit hati. Hahahaha. Ye la. Cube korang fikir, korang berada di tahap lagi tinggi dari diorang. Sebab tu diorang cube nak jatuhkan korang. Alahai. Kesiannye orang-orang jenis dengkis macam ni.

Haa. Itu je la yang aku nak share ngan korang sume. Jadi, kalau korang kena kritik, ingat benda-benda yang aku gitau ni. Dan yang paling penting, if the world tries to fuckmess with you, then you give the middle finger to the world! Oh yes! Tapi jangan buat betul-betul pulak tau. Kang tak pasal-pasal kena sepak ngan pak cik jual surat khabar kang. Itu falsafah je. Ngehehe.

Friday, October 15, 2010

wanita paling disayangi sudah jauh

Pagi tadi,pukul dekat2 subuh,wanita yang paling gua sayang,paling penting bagi gua sudah pergi jauh dari gua. Dia pergi meninggalkan gua kerana menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Dengan itu, gua akan berada berjauhan dengannya selama 1 bulan setengah lebih kurang. Wanita itulah yang gua gelarkan bonda....

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Ibuku Yang Berada Di Tanah Sucimu Itu. Mudahkanlah segala urusan beliau, peliharalah keselamatan dan kesejahteraan beliau. Ku berdoa kepadaMu agar umurnya panjang supaya kami dapat berjumpa lagi. Amin Ya Rabbal Alamin~


Walaupun dia baru je berangkat dekat2 subuh tadi, tapi aku dah rasa macam berpisah lama sangat. Perasaan rindu dekat dia membuak-buak tau. Rase macam nak nangis tapi aku lelaki. Aku kena kuat! Tapi, dalam hati ni, Ya Allah, macam2 aku fikir tau. Risaunye aku. Aku terfikir tentang keselamatan dia, kesihatan dia, semuanyalah. Tapi aku tak bole buat ape2. Aku tak bole nak tengok-tengokkan dia. Tak bole nak protect dia. Yang aku mampu buat hanyelah berdoa kepada Yang Esa agar melindungi dia.Itu je lah yang aku mampu buat. Tapi takpelah. Dia pergi pon sebab nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam kan. Aku kat sini sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan ibuku yang tersayang.

Emak, anakmu ini menunggu kepulanganmu. Cepat-cepat balik yer. Jaga diri elok-elok. Jangan nakal-nakal. Hahaha...

lega~

fuhhhhhhh.rase tersangat la lega kan bile benda yang sekian lame membebankan nurani dan pale hotakku suda lepas.haha.ya.itulah dia assignment@final project IBM yg da lame menghantui jiwa raga sekalian pelajar.mane taknye.assigment dia bapaknye susah.dah la complicated,banyak pulak tu keje nak kene buat.PESTEL framework la.SWOT analysis la.ahh.banyak la lagi.malas nak ingat balik.nanti gua hipertensi.gua ni kalau da hipertensi,mule la cirit-birit.ngahaha.takde la.gurau je....

pape pon,aku da bole bersuka ria.YESSSSS!!!!!!!


(pastu bunyi tape rosak mcm dalam movie tu.ala.yang mcm kalau tetibe plan rosak kan.haaa.yang tu la!)

aku dikhabarkan dgn berita buruk.berita buruk ape?ni la ceritanye....

aku:yuhuu!hari ni hari sabtu.bole enjoy puas2.assignment pon da takde.yes yes yes!!!
sahabat:enjoy pale hotak ko!
aku:erkkk!kenape?ape salah aku?
sahabat:ko ingat assignment da pupus eh?
aku:mesti la.memang da pupus da pon.kan?plez cakap betul..
sahabat:aah.betul la...
aku:ohh.terima kasih..
sahabat:tapi mmg betul la ko salah.assignment ade lagi.muahaha
aku:hoh tidak!!!!!!!!!!!!!!!


itulah dia sketsa yang menyakitkan hati aku tu.bole pulak assignment ade lagi.aduhhhh.baru ingat bole bersenang lenang...

Tuesday, October 12, 2010

IBM fails!

WARRRRRRGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


itu je la yang aku nak luahkan lepas bertungkus lumus buat assignment IBM hari ni.tension gila gila gila gila gila gila gula.hahaha.dah la esok nak kena hantar.aduyai.penin ceq tau.penin.mintak mintak la kejap lagi jumpe lampu ajaib.pastu nak gosok sampai kuar jin kaler biru n then mintak suruh dia siapkan assignment IBM ni.haa.stylo tak idea gua?aku rase la kan,mesti jin tu pon fade up lalu masuk balik dalam lampu tu tak kuar kuar sampai bile bile.ahahaha.fuh fuh.tenang....




LALU SAYA GIVE UP!

malam ni je lah sambung balik buat assignment tu....

nak tenangkan fikiran dengan TIDOOOOOOOODODODODODO!!!!!!

assignment itu best~

haaaaaa.itulah kehidupan di kampus.baca tajuk entry ni pon da tau aku cakap pasal ape kan?ahah.gua bukan ape.bukannye gua ni malas ke ape.cume,cume la kan,gua cukup bengang bile ASSIGNMENT KELILING PINGGANG!!!!


fuh.fuh.fuh.tenang.tenang.ok.bercakap pasal assignment tersebut.ni la assignment I.B.M iaitu name pendek bagi International Business Management yang dikurniakan oleh Encik Raziff Jamaluddin yang hensem macam biskut merimodel tu.muahahaha.release tension siket dapat puji dia macam tu.seriously shit la.dari awal sem sampai da nak dekat final ni,assignment yg dia bagi memang tak pernah putus bekalan.asyik ada je.agaknye dia ni memang suka bertindak di luar tabii kot.(bole ke gune perkataan tu?).haha.tak kesah la.nak tak nak,aku kena siapkan jugak part aku.kalau tak,bising pulak group member aku.dah la satu group dengan pompuan.mau meleleh najis telinga aku kena bebel dgn diorg kalau aku tak buat benda ni.ngahaha.okeng lah.aku nak buat assignment ni.jangan kacau ya...

oh.btw,kalau korang nak tengok betapa hensemnya encik raziff jamaluddin ni,aku ade upload pic dia.ade kat bawah ni.scroll la kalau nak tengok yaa..








JENG JENG JENG!!!!!















bwahahahaha!sori la yer.aku takde pic dia.ni je yg aku mampu tunjuk.ingat nak guna pic biskut meri yang dah dipatah2kan utk dibuat kek batik,tapi rase macam melampau pulak.ye la.walaupun dia macam tu,aku tetap hormat dia sebagai lecturer aku tau.ecehhhh.haha.korang tengok la sampai muntah yer...

Monday, October 11, 2010

yeay!

setelah sekian lama aku guna tumblr sebagai blog aku (sebenarnye bukan lame mane pon.gendik je sebut lame konon2 da experienced blogger la tuu), aku beralih kat sini.mane sini tu?sini tu tempat ni la.yang korang tengah baca ni.blogger a.k.a blogspot.same ke?aku pon tak tau.tapi yang penting, kat sini lagi ramai orang.lagi meriah kot.takde la rase sunyi sangat mcm kat tumblr dulu.hahahaha...

jom la kite yeay same2!jom!yeay!!!

harap2 kat sini suasana dia lebih meriah. aku suke betol bile meriah2 ni. rase mcm hari raya je tiap2 hari. hahaha. tapi raya da abes suda. apa bole buat. sebulan je setahun. jadi, sehingga kita berjumpa lagi di raya tahun depan. uikkk. ape da. bukan raya je la. hari2 pon boleh saja. haha. agaknye tu je la entry first aku kat sini. da tak tau nak tulis ape sebab aku da terlepas kelas pagi ni. taknak terlepas yg lepas ni. kang mati aku kene bar exam. kalau sedap macam bar coklat a.k.a chocolate bar tu takpe la jugak. mmg tiap2 hari aku nak. ngahaha. lapar!

kesian. eh. silap. sekian~