Friday, November 26, 2010

update belog bebeh!

tapi tak sempat bai!

exam exam. nak kena study crazy potato punye. :D

lek lu! men game la jap..

(tapi ni kire update jugak kan?)

Friday, November 19, 2010

risau tapi sasau

yeay yeay!

exam is around the corner! lagi berape hari ek? jap jap. nak kire. hmmm. eh, lupe la start exam hari ape. tapi da dekat sangat la kan. X_X

dalam hati ni, gundah gulana. cewahh! ayat lucu itu. ptuih ptuih! risau yang gua rase ni memang takleh nak digambarkan. membuak-buak beb! walaubagaimanapun walau bagaimana pun walau bagaimanapun(cemane tah eja), gua masih lagi di takuk yang lama. haha. exam dah dekat gile tapi study tah memane lagi. lagipun gua tension ngan carrymark yang ntahpape sem ni. itu yang fedap nak study tu. tension punye pasal, gua men game. men game dan men game. men game je sampai lebam. nak study takleh, nanti makin risau. pastu tension. bile tension takleh nak fikir ngan baik. so, men game la baru gua boleh buat judgement yang baik. haha. ok tak gua punye prinsip? uiyooo. besonye penumbok. jangan la tumbok. gua gurau je..

ape pon, kite enjoy dulu!

nanti malam nak exam tu, kite ligan habis-habisan!

BERJUANG!!!

HIYARH!
p/s; matilah gua sem ni..

Monday, November 15, 2010

dah cecah angka 20 la...

haa. betul tu. dah cecah angka 20 tau. tapi ape yang cecah 20 nye? cube lu teka. haa..

duit? salah. takkan la duit ade 20 hengget je. miskin la camtu. haha. kalau 20k takpe gak. teka lagi...

gf?! falehotak la sampai 20! ingat wa playboy ke ape? ini bukan main-main. haha. wa takde gf la. sedih kan? wuwuwu. nak tau cite tak? macam ni. dulu, wa ade la suke......

eh eh. lari topik dah ni!

kembali ke topik asal. kalau lu nak tau, yang cecah angka 20 tu adalah umur wa! yeah! wa dah menjadi seorang 20-an. huhuhu. bole ke excited pasal ni? rase macam tak normal je. ahhh. tak kesah la. yang penting wa happy. hahaha. tanggal 14/11, iaitu hari ahad lepas...

eh? semalam eh? laaa. rase lame je. tak sedar pulak wa. baru masuk 20 da nyanyuk. alaahai. takpe la. sambung cite. semalam birthday wa....

jap jap. rase pelik la bahasakan diri wa ni. rase name cam wawa pulak. auww. tak sanggup nyah. hahaha. tukar tukar. gune gua lah. baru brader brader..

sambung lagi cite. semalam birthday gua. tapi sedihnye tak disambut oleh sape sape. sob sob. family gua pon bole lupe. aduyai. bengkek betol gua. haha. tapi gua cool sebab kawan kawan gua sume wish birthday gua! hoho. terharu gile beb! tengs la lu orang semua. gua sayang lu orang! jom makan roti canai! gua belanje. seyes beb! gua tak pernah rase terharu macam ni. gile ramai wish birthday gua. tak sangke langsung gua. tak tau la nak cakap camne ape gua rase bile ramai gile wish. happy tersangat la wei!

ape pon, gua tetap rindukan mak gua yang tak balik balik lagi dari mekah. 30/12 ni baru dia balik. kalau tak, bole sambut ngan mak gua. dia selalu ingat birthday gua tau. uhuk uhuk. mak, balik la cepat!

Tuesday, November 9, 2010

7/60?!

7/60??!!


WARGH!!!!!!!!! 


hantuk kepale kat dinding. hantuk kepale kat dinding. hantuk kepale kat dinding. dush! dush! dush! bedarah. rase macam bongok bangang giler la bile dapat tau aku dapat tu je. bole hidup ke kalau banyak tu je? tolong! someone tendang aku please! lempang sampai darah hidung. haduhhhhh!



nak tau ape bende 7/60 tu? haaaa. dekat sikit. dekat sikit. nak bisik. malu la cakap kuat-kuat.

7/60 tu carrymark aku tuk subject business law and ethics. (whispering).

AHHHHH! whispering pejadahnye. semua orang bole baca la ape ko tulis tuu. bongok betul budak ni. patot la dapat 7/60 je. tak pasti la kenape aku dapat tu je. tapi mungkin ini la balasannye. memang patut kot aku dapat banyak ni je. sape suruh tak gi kelas. padan muke aku. wuwuwu. tapi seyes aku menyesal tersangat. sem ni adalah sangat teruk oke. gile kentang punye potato chips la teruknye. teruk sampai aku rase helpless tersangat mangat. tapi nak buat camne kan. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

oleh kerana aku dah takleh nak buat ape untuk sem ni, aku nak study untuk sem depan time study week ni. miahaha. bole ke camtu hah? rase pelik je.
(wondering) (wondering).

it happens all the time

"it's okay. i'm used to people giving up on me. it happens all the time"

and i know it's pathetic..

untitled


and as a consequence, i'm rotting day by day until i can overcome the addiction.

God, help me.

Monday, November 8, 2010

belajar

kadang-kadang, kite tak dapat ape yang kite nak. biase la. bukan semua yang kite nak kite dapat. kalau nak dapat semua, insya-Allah nanti kalau masuk syurga.

so, learn to live and let go. belajar menerima. jangan get depressed over something that can't and never be ours. 




at least, i've learned and currently doing awesome!




Sunday, November 7, 2010

omg!

this here is some of the most beautiful, jaw-dropping panorama across the globe.

masya-Allah! such beautiful creations.

enjoy~






















awesome right? therefore, sayangilah bumi kita. take actions to preserve our earth!



fly, little boy, fly!

"If you wanna fly, you got to give up the shit that weighs you down" -Toni

Hell yes. Nod nod to the quote. Korang kene lepaskan ape yang membebankan korang untuk berjaya. Take a deep breath and let go. Itulah cara terbaik untuk maju ke hadapan. Tapi ini bukan bermakne korang boleh pentingkan diri yer. Oh no no no. Selfishness is a big no no. Remember!

serabut gile la kan!

itu je la yang aku nak luahkan.
stress exam dengan carry mark rendah.
tak tau nak cakap ape lagi sebab stress.
nak makan.
sekian.



Saturday, November 6, 2010

kadang-kadang kan...

CINTA....

kadang-kadang indah. Kadang-kadang tidak. Tapi, jika kita sudah dipertemukan oleh Allah S.W.T dengan si dia, semuanya akan menjadi senang. Tidak semestinya kita akan tahu akan kehadirannya dengan serta-merta. Ramai orang yang terlepas cinta sejati kerana mengejar cinta yang sementara. Kadang-kadang, kita tergila-gilakan orang yang tak pernah menghargai kita, sedangkan si dia sudah berada di depan mata tanpa kita sedari kerana dikaburi oleh cinta palsu itu. Aku harap, perkara sebegini takkan berlaku dalam hidup aku. Insya-Allah. Sebenarnye kan, aku tak ready lagi nak bercintan-cintan ni. Hehe. Tapi kalau Allah S.W.T dah tunjukkan si dia kat aku, aku akan terima si dia dengan sepenuh hati aku, tak kira la macamana pun si dia tu sebab itulah jodoh aku. Itulah orang yang telah ditakdirkan untuk hidup bersama aku. So, aku akan tunggu si dia dengan penuh kesabaran. Cewahhhh! Ayat berbunga-bunga di waktu pagi buta-buta gara-gara tak buleh menidurkan diri.

P/S: Aku rase inilah ayat aku yang paling berflower-flower yang pernah aku tulis dow! Hehe. ;p