Saturday, November 6, 2010

kadang-kadang kan...

CINTA....

kadang-kadang indah. Kadang-kadang tidak. Tapi, jika kita sudah dipertemukan oleh Allah S.W.T dengan si dia, semuanya akan menjadi senang. Tidak semestinya kita akan tahu akan kehadirannya dengan serta-merta. Ramai orang yang terlepas cinta sejati kerana mengejar cinta yang sementara. Kadang-kadang, kita tergila-gilakan orang yang tak pernah menghargai kita, sedangkan si dia sudah berada di depan mata tanpa kita sedari kerana dikaburi oleh cinta palsu itu. Aku harap, perkara sebegini takkan berlaku dalam hidup aku. Insya-Allah. Sebenarnye kan, aku tak ready lagi nak bercintan-cintan ni. Hehe. Tapi kalau Allah S.W.T dah tunjukkan si dia kat aku, aku akan terima si dia dengan sepenuh hati aku, tak kira la macamana pun si dia tu sebab itulah jodoh aku. Itulah orang yang telah ditakdirkan untuk hidup bersama aku. So, aku akan tunggu si dia dengan penuh kesabaran. Cewahhhh! Ayat berbunga-bunga di waktu pagi buta-buta gara-gara tak buleh menidurkan diri.

P/S: Aku rase inilah ayat aku yang paling berflower-flower yang pernah aku tulis dow! Hehe. ;p 

No comments:

Post a Comment