Friday, October 15, 2010

wanita paling disayangi sudah jauh

Pagi tadi,pukul dekat2 subuh,wanita yang paling gua sayang,paling penting bagi gua sudah pergi jauh dari gua. Dia pergi meninggalkan gua kerana menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam. Dengan itu, gua akan berada berjauhan dengannya selama 1 bulan setengah lebih kurang. Wanita itulah yang gua gelarkan bonda....

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau Selamatkanlah Ibuku Yang Berada Di Tanah Sucimu Itu. Mudahkanlah segala urusan beliau, peliharalah keselamatan dan kesejahteraan beliau. Ku berdoa kepadaMu agar umurnya panjang supaya kami dapat berjumpa lagi. Amin Ya Rabbal Alamin~


Walaupun dia baru je berangkat dekat2 subuh tadi, tapi aku dah rasa macam berpisah lama sangat. Perasaan rindu dekat dia membuak-buak tau. Rase macam nak nangis tapi aku lelaki. Aku kena kuat! Tapi, dalam hati ni, Ya Allah, macam2 aku fikir tau. Risaunye aku. Aku terfikir tentang keselamatan dia, kesihatan dia, semuanyalah. Tapi aku tak bole buat ape2. Aku tak bole nak tengok-tengokkan dia. Tak bole nak protect dia. Yang aku mampu buat hanyelah berdoa kepada Yang Esa agar melindungi dia.Itu je lah yang aku mampu buat. Tapi takpelah. Dia pergi pon sebab nak tunaikan tanggungjawab sebagai seorang Islam kan. Aku kat sini sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan ibuku yang tersayang.

Emak, anakmu ini menunggu kepulanganmu. Cepat-cepat balik yer. Jaga diri elok-elok. Jangan nakal-nakal. Hahaha...

2 comments: